POLISI PEMULANGAN & PERTUKARAN

 

XIXLI - Black.tif

 

Adakah pulangan dan pertukaran dibenarkan?

Pulangan dan pertukaran tidak dibenarkan untuk barangan yang dijual dalam talian di atas sebab kebersihan.

Kami menggalakkan anda untuk merujuk kepada carta ukuran XIXILI bagi menentukan saiz anda ebelum membuat sebarang pembelian. Selain itu, kami mengesyorkan anda untuk ke kedai atau kaunter XIXILI untuk sesi fitting percuma oleh jurujual pakar kami yang dilatih secara profesional. Senarai penuh lokasi kedai XIXILI boleh dilihat di sini www.xixili-intimates.com/store-locator

 

Bagaimana jika produk yang saya terima rosak?

Kami cuba yang terbaik untuk memastikan semua produk yang dijual adalah berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menerima produk yang rosak, sila e-mel kami di shoponline@xixili-intimates.com untuk bantuan selanjutnya.

 

Bagaimana jika produk yang salah telah dihantar kepada saya?

Jika anda menerima produk yang salah, sila email kami di shoponline@xixili-intimates.com dalam masa 7 hari selepas penerimaan tersebut untuk kami uruskan penghantaran produk yang betul.

 

Berapa lama proses penghantaran?

Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-5 hari bekerja di Malaysia manakala 7-10 hari bekerja untuk penghantaran ke Singapura.

Sekiranya ada sebarang kelewatan, pihak kami akan menghantar notis kelewatan penghantaran kepada anda.

 

Bagaimana saya boleh menjejak pesanan saya?

Rakan penghantaran kami adalah Ninja Van. Butiran pesanan akan dihantar kepada anda melalui e-mel atau melalui akaun XIXILI anda. 

Sebaik sahaja pesanan anda diproses keluar dari pusat logistik, anda boleh jejaki status pesanan anda di laman web perkhidmatan kurier pilihan. Untuk lihat status pesanan anda, klik pada pautan berikut: Ninja Van.

Penghantaran di Lembah Klang akan dihantar pada hari berikutnya, manakala penghantaran ke sekitar Malaysia akan mengambil masa 2-3 hari. Pengiriman ke Singapura mengambil masa 3-5 hari.

 

Ingin hubungi khidmat pelanggan XIXILI?

E-mel - shoponline@xixili-intimates.com

Tel - +603 6250 6888 (ext 233), +6016 228 0897

Waktu operasi: Isnin - Jumaat, 9 pagi - 5 petang, TUTUP pada hari Cuti Umum

Anda juga boleh memilih untuk berbual dengan kami melalui mana-mana saluran media sosial XIXILI.

 

Masih memerlukan bantuan? 

Hantarkan e-mel ke shoponline@xixili-intimates.com

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2021
Powered with
by AVANA
Click Below To Share